Bahan buangan dan toksin akan bertimbun dalam tubuh apabila sistem
nyahtoksin gagal berfungsi dengan baik, perut buncit dan sukar membuang air
besar adalah antara tanda-tanda amaran toksin berlebihan.
"Penat berdiet tetapi masih tidak kurus"
Pernah cuba mengempiskan perut? Jika anda faham akan apa yang
terkumpul sehingga menyebabkan kebuncitan itu, maka barulah anda tahu apa yang
perlu dilakukan untuk menghapuskannya.
Begitu juga toksin dari persekitaran luar dan juga dalaman tubuh
yang terhimpun mengikut masa lalu mengakibatkan sistem pengedetoksifikasi
tersekat lantas melambatkan fungsinya.
Bagaimana keadaan ini berlaku? Ia terkandung di dalam udara yang
kita hirup, produk yang digunakan di dalam makanan dan minuman. Toksin ada
dimana-mana dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, maka itu cuba jauhkan
diri daripadanya.
Kajian menunjukkan bahan bahan toksin datangnya daripada sumber
keperluan harian seperti perisa makan, makanan yang diproses, racun serangga,
logam berat, karbon monoksida berlebihan dan ubat-ubatan.
Berikut bagaimana perut anda boleh
membuncit?
Tahukah anda bahawa makanan mengambil 8 hingga 10
jam untuk sampai ke usus besar? Walaupun dengan sekali pembuangan air besar,
anda masih mempunyai buangan dari 3 hidangan yang sedang diproses di dalam usus
besar pada satu-satu masa dan tubuh kita mampu membawa sehingga 5 kg bahan buangan!